Sunday, November 30, 2008

Kejayaan..

Nak berjaya dalam bidang takaful ini memang mudah jika kita rajin,kreatif dan cepat bertindak.Rajin maksudnya kita mesti berjumpa dengan ramai orang bercerita pasal takaful,tentang perlindungan dan simpanan,tentang education plan untuk anak,tentang pelaburan,tentang simpanan hari tua.Lagi ramai kita jumpa orang lagi besar kebarangkalian untuk mendapat kes.Kalau kurang kita jumpa orang peluang untuk dapat kes pun tipis lah.

Kreatif pula kita mesti mempunyai cara atau idea yang berlainan dari agen lain untuk memberi penerangan kepada prospek kita.Banyak cara kita boleh guna,kita boleh dapat idea-idea yang baik dari agen-agen lain yang berjaya atau dari sumber-sumber lain.Tapi kalau kreatif saja tapi tak ramai jumpa orang pun tak jadi jugak.Kena jumpa ramai orang baru berkesan dan berjaya.

Cepat Bertindak pula kita kena cepat dalam tindakan kita seperti dalam mencari peluang-peluang untuk berjumpa orangramai kalau tidak agen lain atau syarikat lain akan dapat peluang dulu dari kita.

Kadang-kadang aku rasa sedih juga sebab kita sesama agen walaupun kawan terpaksa mementingkan diri kita dulu kerana setiap orang ada target atau matlamat tersendiri.Tapi jika kita tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingin atau bergaduh berebut kes lebih baik kita berbincang dulu sebelum kita bekerjasama dengan agen lain.
Sudah banyak peristiwa-peristiwa yang tidak elok berlaku.Sifat tamak dan mementing diri sendiri selalu berlaku.Aku sendiri pun berlaku perkara macam ini.Ah...Manusia manusia.Aku
pun kalau boleh tak mahu perkara-perkara macam ni berlaku tapi terjadi jugak.YA ALLAH ampunkan dosa hambaMU yang lemah ini.

No comments: