Tuesday, December 30, 2008

MAHMUDIN AGENCY SDN BHD







Kemudahan yang banyak di Mahmudin Agency untuk agen2 menggunakan kemudahan yang disediakan.
Kepada indvidu2 yang berminat untuk menjadi agen eTiQa Takaful Bhd iaitu syarikat takaful terbesar di Malaysia boleh hubungi saya di azmanztn@yahoo.com.my @ H/P 013-3976197.
Anda boleh menceburi bidang ini samada secara PARTTIME @ FULLTIME.
Pendapatan yang diperolehi adalah lumayan dan banyak insentif diberikan.




Saturday, December 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1430 !

Disini saya ingin mengucapkan SELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430 kepada semua terutama kepada wakil2 takaful etiqa yang telah berusaha bersungguh2 selama ini.Saya berharap tahun baru ini kita tingkatkan azam & usaha untuk terus berjaya dalam bidang ini.

Jangan putus asa dan lemah semangat..Persaingan ada dimana & masalah ada d mana2.Berfikirlah macamana untuk mengatasinya..& bukan lari dari masalah tersebut.

Semoga tahun baru yg bakal tiba ini dapat menyuntik semangat baru untuk kita semua untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Pastikan target kita semua tercapai.UMRAH atau UZBEKISTAN..PRESIDENT CLUB,PRODUCER CLUB dll.

Tq..

Tuesday, December 16, 2008

EXPO SEMARAK HADHARI DI PUTRAJAYA


Ramai orang,walaupun cuaca panasss...




Hari ini 17hb ada Expo Semarak Hadhari di Dataran Masjid Putrajaya selama 4 hari.Hari ni giliran Mahmudin Agensi.






KAUNTER ETIQA TAKAFUL DI SG BULOH

Saudara Somad gigih melaksanakan tanggung jawab sebagai agen
Salah seorang agen takaful yang berjaya & bergaya



Memberi penerangan kepada orangramai tentang takaful
Kaunter eTiQa Takaful di Sg. Buloh ini sudah berjalan berbulan2 lamanya kerana sambutan yang hebat dari orangramai.
Agen2 yg menyertai terdiri dari banyak agensi seperti Agensi Mahmudin,AIM Agensi dll.


Wednesday, December 10, 2008

Penawaran insurans perlu ikut keperluan

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Ketidaktentuan ekonomi tempatan tidak akan menjejaskan industri insurans sekiranya penawarannya dibuat mengikut keperluan dan kemampuan individu.
Ejen-ejen yang berhasrat untuk berjaya perlu menilai keperluan pelanggan masing-masing, demikian menurut pandangan ejen yang mencatat jualan tertinggi Hong Leong Assurance Bhd. bagi tahun 2007/2008, Winnie Tay.
Tay yang terlibat dalam bidang insurans lebih 35 tahun, berkata, para ejen harus berupaya untuk menjelaskan sebab-sebab sesuatu produk itu sesuai untuk pelanggan mereka.
Katanya, perlindungan insurans, sama ada untuk pelanggan atau perniagaan pelanggan adalah penting ketika krisis ekonomi.
‘‘Insurans harus dilihat sebagai satu keperluan untuk hari tua, ketika ditimpa musibah (kemalangan, kematian awal dan penyakit berbahaya) dan juga pembiayaan pendidikan anak- anak untuk ke menara gading sama,’’ jelasnya.
‘‘Ejen-ejen perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan dilindungi insurans agar bersiap sedia sekiranya berdepan dengan keadaan di luar jangkaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tay berjaya mengumpul premium sebanyak RM1.34 juta bagi tahun pertama dan juga mencapai pengiktirafan tertinggi sebagai ejen Top of the Table (TOT) dalam tempoh singkat iaitu antara dua hingga tiga bulan.
TOT adalah anugerah paling berprestij untuk seseorang ejen.
Ejen bumiputera yang mencapai jualan tertinggi dalam syarikat insurans itu, Wini Roswita Abdullah juga bersetuju dan percaya penjualan insurans berdasarkan keperluan dan kemampuan pengguna itu.
‘‘Bukan semua mempunyai pemikiran yang sama terhadap insurans terutama bumiputera yang tidak begitu memahami faedahnya.
‘‘Namun, sekarang keadaan lebih mudah kerana masyarakat mula bersikap lebih terbuka. Saya akan memastikan supaya tidak dilihat terlalu terdesak apabila menjual sebarang produk, sebaliknya menerangkan bahawa sesuatu produk itu adalah untuk kebaikan.
Pengurus Agensi Tertinggi Jualannya, May Lee yang mencatat premium insurans berjumlah RM3.55 juta pada tahun pertama menyatakan krisis ekonomi global adalah masa yang tepat untuk menyedar dan mendidik pengguna mengenai kepentingannya.
‘‘Saya telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan menjadi ejen tertinggi ketika krisis kewangan pada tahun 1997.
‘‘Saya menasihatkan pelanggan saya bahawa kegawatan ekonomi adalah sesuatu yang sementara dan mereka seharusnya merancangkan kewangan kerana tiada produk, pada pandangan saya boleh menggantikan insurans kerana ia memberi perlindungan, merupakan simpanan untuk sekarang dan selepas bersara,” tegasnya.
Ditanya sama ada agensi menghadapi kesukaran untuk mencari dan mengekalkan ejen dalam keadaan yang mencabar, juara Anugerah Master Builder (MBA) HLA, Michael Tan menyifatkan masa berkenaan merupakan peluang untuk mendapatkan ejen yang berkualiti.
Beliau yang merupakan Pengurus Ejen berkata, mereka yang diberhentikan atau memilih skim pemberhentian sukarela ekoran kegawatan ekonomi biasanya juga terdiri daripada golongan yang profesional, berpengetahuan dan boleh dipercayai sekali gus dapat meyakinkan pelanggan.
‘‘Mereka seharusnya mempertimbang mencebur dalam bidang insurans kerana ia memberi fleksibiliti dan kawalan yang lebih baik kepada kehidupan mereka,” kata beliau.
MBA adalah anugerah yang diberikan untuk mengiktirafkan kejayaan seseorang pengurus agensi dalam pengambilan dan pembangunan ejen- ejen yang berkualiti.
Sementara itu, Pengurus Jualan Unit Tertinggi HLA, Danny Then sependapat dengan Tan berkata: ‘‘Saya menggalakkan kepada ejen menjadikan krisis sebagai peluang untuk belajar dan menimba pengalaman,’’ katanya

Sumber : Utusan Malaysia Online 9 Disember 2008

Tuesday, December 9, 2008

1st Quarter Qualifier di Cititel Midvalley pada 6 & 7 December 08

Dengan Jafni
Dengan agen2 Agensi Fajar Harta

En. Mahmudin Ahmad
Pada 6hb & 7hb December 2008,seramai 250 orang wakil2 takaful yang layak untuk 1st quarter qualifier seminar telah berkamoung di Cititel Midvalley untuk menghadiri seminar selama 2 hari.
Saya salah seorang agen yang layak.Penceramah yang dijemput heebat2 belaka iaitu Mr. Sunny Li m dari Hong Leong Insurance,Mr. Man Mohan dari AIA Insurance & Miss Rene Aziz seorang survivor breast cancer patient.
Penceramah bagus...makanan pun bagus...semua free...so kepada semua agen2 etiqa sila rebut peluang yang disediakan oleh syarikat.
Sila rujuk buku insentif 2008/2009 untuk maklumat lanjut.
Sekian...jumpa lagi.



Thursday, December 4, 2008

Kaunter Promosi

di Masjid Kelana Jaya
di kilang

Saat Paling Gembira

Saat yang paling gembira bila dapat close kes terutama kes besar dan juga dapat prospek2 yang bagus2.

Ini akan menaikkan semangat kita untuk terus berusaha.Sapa tak suka kalau income terus bertambah setiap hari!Ini yang bagus kalau buat takaful.Kita boleh tentukan sendiri berapa banyak increment kita nak setiap hari bukan setiap tahun kalau kerja dengan orang.

So kawan2 yang minat nak tambah pendapatan boleh join saya.Part time ke atau Full time .

Aku akan terus berusaha dalam bidang ini.

Adios..

Tuesday, December 2, 2008

PROSPEK..oh.. PROSPEK...

Hai semua...hari ini kita sembang pasal prospek pulak..ini adalah sumber penting sbg seorang agen takaful.Kalau takda prospek mana kita dapat komisen atau income kita.Prospek ini ada dimana-mana samada kita rajin atau tidak saja ...
Tegur la orang dimana-mana kalau rasa anda berani buat macam tu.Ada agen cari prospek melalui phone call je macam kawan aku Syarin.Ada yang cari melalau kaunter macam aku.Ada yang cari melalui kawan2 dan macam lagi.Yang penting jangan berhenti mencari prospek kalau tidak anda akan gagal dalam bidang ini.
So..jumap lagi..adios amigos..

Sunday, November 30, 2008

Kejayaan..

Nak berjaya dalam bidang takaful ini memang mudah jika kita rajin,kreatif dan cepat bertindak.Rajin maksudnya kita mesti berjumpa dengan ramai orang bercerita pasal takaful,tentang perlindungan dan simpanan,tentang education plan untuk anak,tentang pelaburan,tentang simpanan hari tua.Lagi ramai kita jumpa orang lagi besar kebarangkalian untuk mendapat kes.Kalau kurang kita jumpa orang peluang untuk dapat kes pun tipis lah.

Kreatif pula kita mesti mempunyai cara atau idea yang berlainan dari agen lain untuk memberi penerangan kepada prospek kita.Banyak cara kita boleh guna,kita boleh dapat idea-idea yang baik dari agen-agen lain yang berjaya atau dari sumber-sumber lain.Tapi kalau kreatif saja tapi tak ramai jumpa orang pun tak jadi jugak.Kena jumpa ramai orang baru berkesan dan berjaya.

Cepat Bertindak pula kita kena cepat dalam tindakan kita seperti dalam mencari peluang-peluang untuk berjumpa orangramai kalau tidak agen lain atau syarikat lain akan dapat peluang dulu dari kita.

Kadang-kadang aku rasa sedih juga sebab kita sesama agen walaupun kawan terpaksa mementingkan diri kita dulu kerana setiap orang ada target atau matlamat tersendiri.Tapi jika kita tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingin atau bergaduh berebut kes lebih baik kita berbincang dulu sebelum kita bekerjasama dengan agen lain.
Sudah banyak peristiwa-peristiwa yang tidak elok berlaku.Sifat tamak dan mementing diri sendiri selalu berlaku.Aku sendiri pun berlaku perkara macam ini.Ah...Manusia manusia.Aku
pun kalau boleh tak mahu perkara-perkara macam ni berlaku tapi terjadi jugak.YA ALLAH ampunkan dosa hambaMU yang lemah ini.

Thursday, November 27, 2008

ADAP 2008







Gambar pada majlis makan malam 2008 di KLCC pada 15 Nov 2008



Wednesday, November 26, 2008

SATU PERJALANAN

Buat takaful ini seperti sebuah perjalanan yang tiada noktah.Jika kita berhenti kerana sudah mencapai target kita maka ini akan menjejaskan bisnes kita.Tak caya?

Sunday, November 23, 2008

TAKAFUL CONSULTANT DIKEHENDAKI

Terbuka kepada warganegara Malaysia yg berminat.Umur 18 tahun & keatas.
Minima SPM.Pendapatan lumayan.Full tme atau Part time.Kursus disediakan
Call 0133976197

Saturday, November 22, 2008

Salam Perkenalan

eTiQa Takaful Bhd menawarkan peluang kepada individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjadi wakil/agen takaful.
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.Umur 18 tahun dan keatas

Call me 0133976197